
STAPCO STATIONERY & PRINTING SDN BHD telah ditubuhkan pada 10 Disember 2003. Walaupun Stapco Stationery & Printing Sdn Bhd baru ditubuhkan, namun kami mempunyai pasukan pengurusan yang telah lama berpengalaman. Syarikat kami juga telah berkembang dengan cepat dan telah mendapat pengiktirafan dalam industri membekal alatulis, peralatan dan pakaian sukan.
Perkhidmatan yang kami jalankan adalah membekalkan barangan dan perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan kami termasuklah Kementerian Pertahanan Malaysia, Malaysia Airport Holdings Berhad, Jabatan Kerja Raya, Northport (Malaysia) Berhad, CCM Berhad, SYABAS,Uitm Shah Alam, Jabatan Bomba & Penyelamat, dan lain-lain lagi.
Stapco Stationery & Printing Sdn Bhd telah didaftarkan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang bekalan dan perkhidmatan. Stapco Stationery & Printing Sdn Bhd juga merupakan 100% milik bumiputra. Stapco Stationery & Printing Sdn Bhd mendapatkan bekalan barangan daripada pembekal-pembekal tempatan dan juga pembekal-pembekal dari luar negara. Syarikat kami membekalkan barangan yang berkualiti tinggi kepada para pelanggan utama kami dengan harga yang berpatutan.
Antara barangan dan perkhidmatan yang kami sediakan adalah seperti berikut:-
- Alatulis
- Mesin-mesin pejabat
- Peralatan dan pakaian sukan
- Pakaian dan kelengkapan
- Media cetak
- Perabot
|